Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata Selangor mencatatkan penurunan kes denggi sejumlah 31 peratus berbanding tahun lalu.<br /><br />Kata Dr Siti Mariah, laporan situasi denggi di Selangor secara kumulatif sehingga 25 Ogos 2018 merekodkan sejumlah 27,453 kes berbanding 35,343 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.<br /><br />Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan ADUN Hulu Bernam Datuk Rosni Sohar pada sidang DUN Selangor hari ini.
